Sunday, 8 December 2013

Tanda-tanda 100 hari Sebelum Hari Kematian




MATI ITU PASTI
Peringatilah dalam diri
akan tanda-tanda kematian ini...

100 hari sebelum kematian
ini adalah tanda pertama dari ALLH SWT
hanya disedari oleh mereka-mereka yang dihendakiNya
walaubagaimanapun semua org islam mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak
tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar
seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau sekan-akan mengigil
# bagi mereka sedar dan terdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati
maka geteran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini
# bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian
tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat

40 hari sebelum kematian
tanda ini juga akan berlaku sesudah Asar
bahagian pusat kita kan berdenyut-denyut
pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di Arash ALLAH SWT
# maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediannya
ke atas kita antaranya ialah ia akan mula
mengikuti kita sepanjang masa
# akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi
mereka yang terpilih ini akan merasa seakan-akan bingung seketika

7 hari sebelum kematian
adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan

3 hari sebelum kematian
pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri
jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu
supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis
dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memenadikan kita nanti
ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi
dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi
telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam
telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan

1 hari sebelum kematian
akan berlaku sesudah waktu asar
dimana kita merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu 
kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokkan harinya

Tanda akhir
akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan 
satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum
ketika ini hendaklah kita terus megucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula


agak lama aku melihat video ini di Youtube
cuma aku belum kesempatan untuk melihat 
keseluruhan cerita

hari ini sedikit masa terluang
aku dapat melihat sepenuhnya
aku insaf dengan apa yang di paparkan
memberi aku pengajaran erti kehidupan

aku takut, aku risau
cukupkah amal ku? cukupkah amalan ku?
begitu daif aku di mata MU YA ALLAH
YA ALLAH YA TUHAN KAMI
AMPPUNILAH DOSA-DOSA KAMI YA ALLAH
DAN TEMPATKANLAH KAMI DI KALANGAN ORANG YANG BERIMAN
AMIN..




No comments:

Post a Comment