Monday, 10 March 2014

Cik Period Lewat

agak lama aku menyepikan diri
bukan apa aku kurang sihat jer sejak dua mejak nie
masih ingat tak lagi dengan entri aku pasal cik period tak teratur tu?

itu la kali terakhir cik period aku muncul
kenapa?
sebab aku dah hamil kembali
alhamdullillah
semoga kali nie ALLAH panjangkan umur anak ku

nanti aku kongsikan bersama-sama
kamu kamu dan kamu
bagaimana aku dan suami berusaha 
untuk mendapatkan zuriat

yer aku tahu semua tu ketentuan ALLAH
tapi kita sebagai hambaNYA
perlu berusaha
untuk mencapai apa yang 
di inginkan....


Wednesday, 22 January 2014

Janji Si Bidadari

semalam kita telah dikejutkan dengan kematian seorg kanak-kanak
nursyafiqah abdullah berusia 2 tahun
 dimana mayatnya ditemui mati dibunuh dalam sebuah rumah kosong di dungun 
pihak polis menahan ibu kanak2 tersebut setelah mengaku membuat laporan palsu tentang kehilangan anaknya pada sabtu lalu
mayat mangsa ditemui dengan lebam ditubuhnya
memakai baju petak biru tanpa seluar
pihak polis juga menahan teman lelaki ibu berkenaan dalam keadaan pengaruh dadah
al-fatihah buat arwah semoga adik tenang di sana..

aku rasa kes ni bukan kes yang pertama melibatkan kanak2 yang di bunuh
salah ibukah? salah bapakah?
atau kedua-dua sekali?
aku pernah melihat sebuah drama yang jalan ceritanya lebih kurang sama dengan kes-kes yang berlaku sebelum ini
mungkin rasa ramai antara kamu yang tidak pernah @ sempat nk tgk citer nie
yelah citer2 melayu nie biasa nya org2 kita kurang berminat
kalau aku aku layan jer asal jalan citer 
boleh memberi pengajaran kepada kita semua

kepada yang belum sempat melihat meh sini tgk

Janji Si Bidadari

Monday, 30 December 2013

Selamat Tinggal 2013

31.12.13
hari terakhir pada tahun 2013
tercapaikan azam kekawan semua?
aku sejujur nya dari dulu tak pernah meletakkan sebarang azam bagi setiap tahun baru
entah la, maybe aku tak kisah sgt kot
kalau nk berazam bagi aku tak perlulah menanti tahun baru
bila-bila pun boleh
itu semua atas kita
apa2 pun semoga tahun 2014
akan memberi sesuatu yang baru kepada kita semua
salam tahun baru


Sunday, 8 December 2013

Tanda-tanda 100 hari Sebelum Hari Kematian




MATI ITU PASTI
Peringatilah dalam diri
akan tanda-tanda kematian ini...

100 hari sebelum kematian
ini adalah tanda pertama dari ALLH SWT
hanya disedari oleh mereka-mereka yang dihendakiNya
walaubagaimanapun semua org islam mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak
tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar
seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau sekan-akan mengigil
# bagi mereka sedar dan terdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati
maka geteran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini
# bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian
tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat

40 hari sebelum kematian
tanda ini juga akan berlaku sesudah Asar
bahagian pusat kita kan berdenyut-denyut
pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di Arash ALLAH SWT
# maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediannya
ke atas kita antaranya ialah ia akan mula
mengikuti kita sepanjang masa
# akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi
mereka yang terpilih ini akan merasa seakan-akan bingung seketika

7 hari sebelum kematian
adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan

3 hari sebelum kematian
pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri
jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu
supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis
dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memenadikan kita nanti
ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi
dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi
telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam
telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan

1 hari sebelum kematian
akan berlaku sesudah waktu asar
dimana kita merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu 
kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokkan harinya

Tanda akhir
akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan 
satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum
ketika ini hendaklah kita terus megucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula


agak lama aku melihat video ini di Youtube
cuma aku belum kesempatan untuk melihat 
keseluruhan cerita

hari ini sedikit masa terluang
aku dapat melihat sepenuhnya
aku insaf dengan apa yang di paparkan
memberi aku pengajaran erti kehidupan

aku takut, aku risau
cukupkah amal ku? cukupkah amalan ku?
begitu daif aku di mata MU YA ALLAH
YA ALLAH YA TUHAN KAMI
AMPPUNILAH DOSA-DOSA KAMI YA ALLAH
DAN TEMPATKANLAH KAMI DI KALANGAN ORANG YANG BERIMAN
AMIN..




Banjir Melanda

sejak seminggu yang lepas 
agak terkejut dengan banjir yang melanda pantai timur
terutama pahang dan terengganu
sebelum ini agak jarang kedengaran
banjir yang melanda kemamam

ehsan dari atuk google

abg aku sendiri yang berada di kuantan terlibat sama
berada di tengah-tengah
tak dapat ker opis dan jugak balik kg
hanya berkurung di dalam umah jer
sob sob sob :('

Di jerteh aku rasa setakat ini masih terkawal
media massa juga ada bgthu esok lusa mungkin hujan akan turun lagi
dan gelombang ke dua banjir akan berlaku
YA ALLAH jauhi kami dari perkara yang tidak diingini.

sekirannya jerteh di landa banjir
begini la keadaan masjid hadhari
gambar nie gambar beberapa tahun lepas di mana air melimpah
di bandar jerteh
aku sendiri pun tak boleh pg kejer
apa lagi main air la kat umah
la la la la la

ehsan dari atok google

Wednesday, 4 December 2013

Badan Aku BerTOKSIN??

hari nie ari kedua aku makan GLA
baru aku tahu badan aku bertoksin
aku mengalami pening dan sedikit loya

banyaknya toksin dalam badan
tgk sihat jer
tak tahu plak sihat dengan toksin
tu lah krisis penyembuhan apabila aku alami pening dan loya
haaa? apa tu krisis penyembuhan?
meh baca kat SINI

keluarlah wahai toksin dari badan ku nie
suh suh suh 
main jauh2 yer



Tuesday, 3 December 2013

Cik Period Tak Teratur

selepas aku keguguran pada julai lepas 
period aku agak bermasalah
setiap 2 bulan baru la cik period tunjukkan diri
agak bermasalah juga bagi aku
kadang2 terpikir juga
aku mengandung lagi ker?

jadi, aku cari jalan penyelesaian
sejak jadi ahli shaklee nie setiap masalah kesihatan
pasti ada penyelesaiannya
ewah ewah ewah
hehehe

smlm hari 1st aku period
dan semalam juga aku ambik produk GLA
GLA nie untuk menyelesaikan masalah period yg tak teratur
dan juga untuk mendapatkan baby

harap2 selepas nie cik period aku datang mcm biasa
apa2 pun kita tgk keputusan dia bulan depan
bila period dah teratur cantik
peluang untuk hamil pun
comel